Hendak memulakan tuisyen, tetapi tak tahu cara?
Disini ada buku yang boleh membantu anda!

"Panduan Ringkas Dan Lengkap Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya. Rahsia Berkerja Sambilan Tetapi Mampu Memperoleh Pendapatan Sampingan Yang Lumayan. Hanya Sebagai Seorang Cikgu Tuisyen."

"Saya berkongsi daripada pengalaman sebenar sebagai Cikgu Tuisyen sepenuh masa. Buku tentang tuisyen yang pertama di pasaran Malaysia. Saya pandu anda bermula secara sambilan dan teknik mudah mendapatkan job tuisyen."

"Terbongkar! Bagaimana seorang pelajar universiti menjana RM 5-6k hanya sebagai Cikgu Tuisyen Sambilan.
Dan kini beliau telah mempunyai Pusat Tuisyen sendiri
"

 

 


Daripada Meja Tuisyen Master Yus

Tarikh :
RE : "Rahsia Tuisyen" Industri Baru Yang Bakal Menyelamatkan Ekonomi Dunia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Rakan Budiman,

Saya Master Yus, terima kasih dengan kehadiran anda ke CikguTuisyen.Com ini.

Saya rasa terpanggil untuk menulis satu panduan dan bimbingan tentang tuisyen kepada Rakyat Malaysia.

Saya amat bersyukur hasrat saya untuk ketengahkan Industri Tuisyen telah mendapat kepercayaan pihak True Wealth Sdn Bhd yang sudi untuk menerbitkan buku saya yang bertajuk Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya.

Ramai orang yang telah meraih pendapatan besar dengan hanya bekerja mengikut jadual yang ditetapkan diri sendiri. Namun ramai juga yang masih lagi terkapai-kapai mencari sumber pendapatan yang boleh memberikan pulangan yang memberansangkan.

Saya amat galakkan anda cuba ceburi bidang tuisyen. Kenapa Master Yus?

Mengikut statistik terkini bilangan pelajar seluruh negara yang akan mengambil peperiksaan besar UPSR, PMR dan SPM melebihi angka 500,000. Ini merupakan market yang sangat besar untuk mengajar tuisyen.

Melalui satu sistem yang mudah dan permintaan yang tinggi diluar sana pastinya menjadi fenomena yang hebat dalam mempelajari bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada trend mengajar tuisyen.

Untuk memulakan Tuisyen, anda tidak perlu mengambil jurusan pendidikan di IPTA mahupun IPTS!

Dapatkan Buletin dan Info Menarik Buat Duit Dengan Tuisyen Yang Akan Menggambarkan Industri Tuisyen Sedang Hangat Secara PERCUMA!

Anda akan diberikan PERCUMA banyak info dan maklumat berguna bagaimana melakukan tuisyen boleh memberi pendapatan sampingan yang lumayan kepada anda :

  • Industri Tuisyen yang sedang Hangat Diperkatakan
  • Kelebihan dan Keistimewaan Sebagai Cikgu Tuisyen
  • Kelayakan menjadi Cikgu Tuisyen
  • Mengkaji Permintaan Dan Pasaran

Turut membongkar kisah menarik perjalanan seorang Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa yang bertahan hanya mengajar tuisyen sehingga beliau berjaya!

Masukkan Nama Dan Emel Anda Pada Ruangan Di Bawah Untuk Dapatkannya Dengan Segera :

Nota : Privasi nama dan emel anda dijamin selamat bersama kami.


Siapa Master Yus nak perkatakan tentang tuisyen ini?
Sedikit coretan perjalanan hidup saya dalam bidang tuisyen yang telah banyak membantu status kewangan hidup saya...

Nama saya Yusnizam Yusoff. Nama pena Master Yus. Graduan Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat. Walaupun saya bukan dalam bidang pendidikan namun sebenarnya semua orang boleh bergelar cikgu tuisyen (kerana bidang ini tidak pernah ditawarkan di universiti seluruh Malaysia).

Saya mulakan tuisyen secara sambilan sejak tahun 2000, semasa saya belajar di matrikulasi. Dengan upah yang dibayar maka dapatlah menampung perbelanjaan bulanan. Namun waktu itu tidaklah lumayan sangat.

Apa yang menariknya, saya langsung tidak pernah terfikir untuk serius dalam kerjaya ini. Sehinggalah ketika belajar di UM, saya teruskan dengan tuisyen ini dan saya dapati simpanan saya semakin bertambah. Sedangkan waktu itu masih lagi secara sambilan.

Yang lebih menarik, dengan hanya pendapatan tuisyen yang saya lakukan saya mampu untuk ke jinjang pelamin dengan hantaran yang besar (segan la nak bagitau, nanti anda kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi jika anda nak tahu juga saya terpaksa iaitu RM 10,000. Puas hati?). Hakikatnya memang benar. Mak, abah pun terkejut ketika itu, mereka tahu saya belum ada kerja tetap dan masih belum konvo lagi. Tetapi mampu untuk berkahwin. (Belanja kahwin sekarang bukannya sikit dan psstt saya bukannya ada mana-mana sponsor).

Dan kini, saya bebas dengan masa yang saya uruskan sendiri tanpa rasa tertekan dikongkong oleh majikan. Gaji? Saya tidak ada gaji, tetapi pendapatan saya memang sangat lumayan hasil kerja tuisyen sepenuh masa sehingga hari ini. Dan sehingga kini saya mampu menampung anak-anak dan isteri tersayang hanya dengan pendapatan tuisyen.

Bukan niat saya untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberitahu bahawa industri tuisyen memang sangat berbaloi dan memberi pulangan yang sangat lumayan. Untuk ketahui rahsianya, dapatkan buku hebat ini.

Anda boleh layari SeminarTuisyen.Com, seminar yang telah membantu ramai orang mulakan tuisyen. Dan apa yang cukup saya banggakan, mereka telah pun merasai pulangan pendapatan yang amat lumayan setiap bulan hanya daripada melakukan tuisyen secara sambilan.

 

"Jadi sebenarnya saya adalah individu yang betul-betul ingin membantu rakyat Malaysia membongkar tentang Rahsia Tuisyen di pasaran Malaysia."

Walaupun Jika Anda Tiada Pengalaman Mengajar Tuisyen Dan Tidak Tahu Apa Itu Home Tuisyen, Anda Masih Boleh Buat Duit!

Saya nak bantu anda dengan jalan penyelesaian melalui tuisyen. Saya tulis langkah demi langkah bagaimana hendak bermula sehinggalah anda dapat menguruskan jadual tuisyen anda dengan berjaya.

Hari bertuah saya mengambil buku saya di Pejabat True Wealth Sdn Bhd. Disokong penuh oleh Mentor Jutawan, En Azizi Ali (penulis 17 buah buku kewangan bertaraf Best Seller).


Apa yang best sangat kandungan buku ini kepada anda?

Buku ini menerokai industri tuisyen yang berpotensi tinggi dan berupaya menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu bekerja secara konvensional. Antara topik yang mendapat liputan di dalam buku ini adalah rahsia dan keistimewaan menjadi guru tuisyen, strategi mempromosikan perkhidmatan tuisyen, teknik dan kemahiran mengajar yang magis dan luar biasa dan persiapan sebelum mula mengajar tuisyen.

  • Bab 1 - Gambaran awal tentang tuisyen
  • Bab 2 - Apakah itu tuisyen
  • Bab 3 - Bingkisan seorang cikgu tuisyen daripada sambilan ke sepenuh masa
  • Bab 4 - 10 peluang bagaimana membuat duit sampingan
  • Bab 5 - 5 sebab mengapa anda perlu lakukan tuisyen
  • Bab 6 - 10 perkara yang melayakkan anda bergelar cikgu tuisyen
  • Bab 7 - Perbezaan home tuition dengan tuition centre
  • Bab 8 - Pendapatan cikgu tuisyen sambilan atau sepenuh masa
  • Bab 9 - 10 rahsia dan keistimewaan menjadi cikgu tuisyen
  • Bab 10 - 10 rahsia bagaimana anda akan diterima untuk mengajar tuisyen
  • Bab 11 - Tip membuat profil yang menarik perhatian pasaran tuisyen
  • Bab 12 - Strategi promosi berkesan lagi unik
  • Bab 13 - 8+1 rahsia kaedah pemasaran hebat dan berkesan
  • Bab 14 - Persiapan sebelum mengajar tuisyen
  • Bab 15 - 10 rahsia cara menarik perhatian ibubapa dan pelajar (pelanggan)
  • Bab 16 - Pengurusan kelas yang sistematik dan cara pembayaran
  • Bab 17 - 8 cabaran dan tekanan yang perlu anda ketahui sebagai cikgu tuisyen
  • Bab 18 - 7 langkah cara set-up pusat tuisyen
  • Bab 19 - Kesimpulan tentang bagaimana untuk menjadi cikgu tuisyen yang mampu menjana pendapatan lumayan

 

Jadi Mengapa Harus Berdiam Diri Jika Di Depan Mata Sudah Ada Penyelesaiannya?

Alangkah baiknya jika ada satu peluang menjana pendapatan yang lumayan dengan masa yang boleh diuruskan sendiri. Tiada tekanan, tiada kongkongan malah keseronokan yang menggamit kehidupan anda. Jadi hentikan angan-angan anda sekarang juga! Anda tidak perlu lagi mengerut dahi, bermonyok muka kerana anda akan mendapat satu panduan menjana pendapatan lumayan yang MUDAH DIFAHAMI, RINGKAS, dan PADAT dengan rahsia menjadi Cikgu Tuisyen.

Yusnizam Yusoff aka Master Yus di Majlis Pelancaran Buku-Buku Terbitan True Wealth Sdn Bhd di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada Isnin 20 April 2009 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Pelancaran dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abdullah Abd Rahman, Pengarah MPH.

Menerima replika frame dari YB Datuk Abdullah.

Bersama barisan penulis-penulis Super True Wealth Sdn Bhd

Ditemuramah oleh Wartawan Edu Web TV ( www.eduwebtv.com)

Ditemubual sebagai panel jemputan, Rancangan Focus Economy, Astro Awani.


 

19 Bab Kandungan Utama Buku
'Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya'.

  Rahsia Fenomena Tuisyen Yang Ramai Orang Tidak Mengetahuinya
  Cara Berkesan Mempromosi Diri Sebagai Cikgu Tuisyen
  Teknik dan Triks Mudah Mendapatkan Students
  Teknik Menulis Profail Yang Menarik Pelanggan
  Tips Menambat Hati Students Agar Khidmat Anda Berkekalan
  Cara Menguruskan Kelas Dan Pendapatan Yang Lumayan
  Teknik Memaksimakan Pendapatan Sedia Ada
  Rahsia Menguasai Kawasan Jajahan Tuisyen

Faedah Dan Manfaat Utama Untuk Anda

  Kebebasan Masa - Walaupun anda berkerja makan gaji namun langsung tidak mengganggu masa kerja anda.
  Pakej Lengkap - Buku ini disusun kepada semua lapisan. Dari pelajar kolej/universiti, lepasan graduan, pekerja pejabat, cikgu sekolah mahupun yang telah pencen.
  Panduan Lengkap - Panduan Menjadi Cikgu Tuisyen secara sambilan/sepenuh masa telah dibina dengan begitu teliti dan lengkap serta diubahsuai berdasarkan keperluan market semasa.
  Jaminan Support - Saya memberi jaminan untuk membantu anda dalam apa juga pertanyaan yang anda hadapi dalam melangkah kerjaya sebagai Cikgu Tuisyen.
  Kad Diskaun VIP - Selepas membeli buku ini anda layak untuk mendapat Kad Diskaun VIP. Diskaun untuk mana-mana produk terbitan dan seminar saya di masa akan datang.

 

Walaupun Jika Anda Tiada Pengalaman Mengajar Tuisyen Dan Tidak Tahu Apa Itu Home Tuisyen, Anda Masih Boleh Buat Duit!

Sehingga kini, memperoleh pendapatan daripada tuisyen ramai yang tidak tahu dan memandang rendah.

Memanglah ada jutaan orang di luar sana dengan bermacam masalah kewangan yang tidak pernah selesai walaupun sudah mendapat kerja tetap.

Sebetulnya, anda mestilah tahu perkembangan sumber pendapatan masa kini yang semakin berlambak dipasaran dan membuat duit melakukannya.

Dan kini semua itu sudah semakin meluas!

Sebenarnya anda boleh memulakan tuisyen dan ianya lebih pantas daripada yang anda sangkakan iaitu dalam masa yang singkat dan mula menjana duit hanya selepas beberapa langkah yang mudah.

Tapi anda mesti faham, anda tidak akan bermula dengan terus memperoleh jutaan duit tetapi anda akan lihat peningkatan pada pendapatan anda dengan perlahan dan menakjubkan.

Juga, jangan risau tentang cara mengajar kerana ianya senang selepas anda mulakan langkah pertama yang anda perlu laksanakan dalam keadaan seronok mengajar.

Tapi ada syarat yang anda perlu tahu...

pssst..kenapa saya beriya sangat untuk menggalakkan anda mendapatkan buku ini? Teruskan penghayatan anda kerana saya akan perkenalkan diri saya di akhir sekali. Tak Kenal Maka Tak Best!


 

Bagaimana Buku Ini Dapat Membantu Menggandakan Wang Anda???

Mari kita buat sedikit perbandingan mudah. Anda nilaikan dari sudut masa dan hasil yang bakal anda terima.

Kerja sambilan

Masa

Pendapatan

Agen Insuran Perlu kejar pelanggan Lumayan
Agen MLM Masa tidak tentu arah Lumayan
Agen Hartanah Perlu banyak kajian mendalam Lumayan
Agen Saham Perlu banyak kajian mendalam Lumayan
Cikgu Tuisyen Masa anda yang tentukan Lumayan

Kesimpulan

Masa = $$$ $$$ = Masa

Setiap Masa Yang Anda Peruntukkan Adalah $$$
Wang Yang Lumayan.

Masa = Wang. 100% Pendapatan Lumayan Milik Anda!

Hasil perbandingan di atas, maka saya dapat satu Formula Hikmat iaitu Masa = $$$. Anda pasti setuju dengan saya. Kerana setiap masa yang anda peruntukkan untuk berkerja adalah $$$ kepada anda. Sebagai Cikgu Tuisyen setiap jam yang anda ajar adalah sudah pasti $$$. Jika anda mengajar 8 jam sehari maka ratusan pulangannya ( 8 jam x RM 40 = RM 320 ).

Maknanya, apabila anda melangkah keluar dari pintu rumah anda, maka anda WAJIB dapat duit. Lagi lama masa anda mengajar, maka lagi berganda duit anda.

Wah, 8 jam itu sama seperti anda berkerja makan gaji. Soalan cepu emas dari saya, berapa Bos kesayangan anda bayar 8 jam sehari kerja anda? Tepuk dada, jawab sendiri kemudian fikir-fikirkan. Walaupun soalan saya ini boleh menyebabkan anda tersinggung, tetapi sebenarnya niat hati saya untuk membuka minda anda tentang peluang sebagai Cikgu Tuisyen ini.

psst..yang terasa tu, cepat-cepatlah dapatkan buku hebat ini untuk terus bertukar profesion kerja.

Saya tahu kerana saya juga pernah terikat masa dengan majikan (sewaktu buat praktikal di semester kedua pengajian). Memang memeritkan serta menyedihkan, walaupun Bos tidak tahu. Namun setelah saya tahu Rahsia Tuisyen yang sebenar maka hasilnya sehingga kini saya masih lagi membuat tuisyen secara sepenuh masa. Saya yang menguruskan masa kerja saya sendiri.


 

O.K. Ini Bunyinya Macam Bagus Tapi Betul ke “Saya” Akan Boleh Menjadi Cikgu Tuisyen dan Menjana Pendapatan yang Lumayan?

Tidak diragukan lagi, anda AKAN dapat apa yang anda HENDAK.

Anda akan pelajari bagaimana anda akan dihubungi oleh parent, student mahupun agen yang perlukan khidmat tuisyen daripada anda hanya dalam selepas beberapa proses yang singkat dan mudah menggunakan strategi yang sangat berkesan dan berjaya.

Pastilah ada sedikit persediaan tapi dengan senang anda boleh melapangkan banyak masa berbanding kerja yang sedang anda lakukan sekarang.

Saya akan memberi konsultan percuma sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan tentang tuisyen. Anda boleh lihat sendiri gambar yang saya sediakan dibawah betapa seronoknya mengajar tuisyen dalam keadaan tiada tekanan dan diberi hidangan makanan serta minuman semasa mengajar (sambil mengajar, sambil makan).

Gambar 1: 'Home Tuition', sesi seorang pelajar dengan seorang cikgu.

 

Gambar 2: 'Tuition Centre' murid lebih ramai

Gambar 3: Penggayaan mengajar mampu menarik perhatian pelajar

Gambar 4: Boleh juga membuat 'group tuition' berdasarkan permintaan parents

Gambar 5: Gunakan teknik yang memudahkan pelajar

Gambar 6: Pastikan pelajar faham apa yang anda cuba ajarkan


Siapa yang layak memiliki Buku Tuisyen ini?

  • Pelajar Kolej/Universiti - Sambil belajar sambil menjana pendapatan lumayan. Pagi belajar, petang mengajar. Langsung tidak mengganggu masa study anda. Malah anda akan berasa gembira untuk meraikan kedatangan hujung bulan.
  • Golongan Junior Professional - Tidak salah seorang junior jurutera, peguam malah doktor weekday berkerja, weekend mengajar tuisyen. Malah golongan-golongan inilah mampu dibayar sehingga RM 200 per jam dan lebih. Wow seronoknya!
  • Guru Sekolah - Di siang hari anda cikgu sekolah, di petang hari anda boleh bertukar menjadi cikgu tuisyen. Dan apa yang penting, kemana anda pergi tetap digelar cikgu. (cuma anda sebagai cikgu sekolah ini perlu tahu tanggungjawab yang perlu diutamakan, kerana anda tetap ada syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan)
  • Pekerja Pejabat/Sepenuh Masa - Anda sudah tentu merasai betapa peritnya dikongkong oleh majikan. Namun dengan tuisyen ini, jangan terkejut walaupun anda membuatnya secara sambilan pendapatannya boleh melebihi gaji asas anda. Jika ini berlaku, tidak perlu berfikir panjang. Berhenti kerja dan lakukan sepenuh masa dengan tuisyen. Tidak perlu takut kerana penulis buku ini telah lakukannya sejak tahun 2000 :-)
  • Pengganggur Kehormat - Disamping anda menanti tanaman anda ranum untuk dikomersialkan, lakukanlah tuisyen. Kerana dengan pendapatan tuisyen anda mampu mengembangkan tanaman anda di masa hadapan.
  • Pemegang Sijil Pencen - Anda boleh lakukannya dirumah anda. Sediakan satu ruang dalam kebesaran mahligai anda untuk berbakti kepada anak bangsa. Disamping dapat berbakti, saham akhirat boleh digandakan.
  • Sesiapa sahaja - Tidak kira pangkat, jantina, bangsa dan sebagainya. Jika anda mahukan masa anda dibayar, maka tuisyen adalah tempatnya. Bagi yang diberhentikan kerja, jangan bersugul hati kerana anda sebenarnya mampu lebih berjaya daripada orang lain. Kerana dengan tuisyen mampu menambah jumlah simpanan anda.

Bagaimana Buku Ini Dapat Membantu Anda?

Dengan membuat pembelian 'Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya' ini, anda akan memperoleh 10 faedah utama iaitu :
  1. Panduan Berkesan Mempromosi Diri Anda (Rahsia bagaimana anda akan dihubungi oleh pelajar, ibu-bapa, agen dan pengusaha pusat tuisyen yang memerlukan khidmat tuisyen anda)
  2. Panduan Menjawab Panggilan-Panggilan Emas (Bila anda tidak menang tangan untuk menjawab panggilan telefon, maka apa yang anda perlu lakukan? Semuanya akan diberi tips yang berguna)
  3. Panduan Menambat Hati Pelanggan (pelajar dan ibu bapa serta pengusaha pusat tuisyen) (Rahsia menarik perhatian untuk mengekalkan khidmat tuisyen anda)
  4.  Panduan Menjajah Kawasan Tuisyen (Anda tidak perlu pergi jauh dari tempat anda tinggal)
  5. Panduan Membuat Profail/Resume Yang Sangat Berkesan (Sekali pembaca baca profail anda pasti terpikat untuk mendapatkan khidmat tuisyen anda)
  6. Panduan Membina Rangkaian Cikgu Tuisyen (Melebarkan rangkaian kenalan cikgu tuisyen agar memudahkan kerja dimasa hadapan)
  7. Panduan Menggandakan Pendapatan Daripada Tuisyen (Bagaimana anda dibayar RM 40 per jam boleh menjadi RM 100 per jam)
  8. Panduan Mengurus Masa (Siang berkerja, malam mengajar tuisyen. Siang belajar, malam mengajar)
  9. Panduan Menyediakan Material Pengajaran (Apa yang perlu dibawa untuk mengajar tuisyen)
  10. Tips & Strategi (Pelbagai tips mudah dan strategi berkesan dalam mengendalikan kelas tuisyen)

"Kini anda tidak perlu lagi pening kepala mencari pendapatan sampingan yang lumayan kerana jawapan ada di depan mata. Anda sendiri boleh melakukannya dengan MUDAH & CEPAT..."

Ya, mudah dan cepat! Dapatkan Buku ini sekarang untuk tempoh masa yang terhad sahaja... Cuma

Harga di MPH
RM29.90 RM29.00

PERHATIAN: Harga pasaran adalah RM29.90 dimana anda perlu mendapatkannya di kedai buku utama dan terpaksa keluar duit minyak, beratur dikaunter pembayaran. Lebih malang, jika anda berkobar-kobar hendak mendapatkannya di MPH, Kinokuniya atau kedai buku lain, kemudian habis stok. Huwaaa...Kan lebih senang dan mudah dan cepat apabila buku ini sampai di depan pintu anda? Jadi, dapatkan hari ini juga!

Berbaloi ?? Buku akan sampai depan rumah!

"Saya amat menggalakkan anda memiliki buku ini, kerana banyak ilmu yang akan anda peroleh. Saya mengidamkan anda berpuas hati dengan memilikinya. Jika masih tak berbaloi, sila beritahu saya segera."

"Kini tidak perlu lagi pening kepala mencari sumber pendapatan sampingan kerana Tuisyen adalah jawapan yang paling bagus. Kerana anda sendiri boleh melakukannya dengan MUDAH & CEPAT..."

Ya Master Yus, saya ingin order Buku Tuisyen ini sekarang juga!

Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Yang Berjaya

Tidakkah anda berhutang pada diri sendiri untuk cuba mendapatkan Panduan Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya yang Hebat dan Mudah bermula hari ini?

Yang benar,


Penulis Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya
:: admin@cikgutuisyen.com ::

UTuS Smart Training & Consultancy

Sedikit pengalaman saya berkenaan kerjaya tuisyen :

Nama saya Yusnizam Mohamad Yusoff. Nama pena Master Yus. Graduan Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat. Walaupun saya bukan dalam bidang pendidikan namun sebenarnya semua orang boleh bergelar cikgu tuisyen ( kerana bidang ini tidak pernah ditawarkan di universiti seluruh Malaysia ).

Saya mulakan tuisyen secara sambilan 8 tahun yang lalu, semasa saya belajar di matrikulasi. Dengan upah yang dibayar maka dapatlah menampung perbelanjaan bulanan. Namun waktu itu tidaklah lumayan sangat.

Apa yang menariknya, saya langsung tidak pernah terfikir untuk serius dalam kerjaya ini. Sehinggalah ketika belajar di UM, saya teruskan dengan tuisyen ini dan saya dapati simpanan saya semakin bertambah. Sedangkan waktu itu masih lagi secara sambilan.

Yang lebih menarik, dengan hanya pendapatan tuisyen yang saya lakukan saya mampu untuk ke jinjang pelamin dengan hantaran yang besar ( segan la nak bagitau, nanti anda kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi jika anda nak tahu juga saya terpaksa iaitu RM 10,000. Puas hati?). Hakikatnya memang benar. Mak, abah pun terkejut ketika itu, mereka tahu saya belum ada kerja tetap dan masih belum konvo lagi. Tetapi mampu untuk berkahwin. (Belanja kahwin sekarang bukannya sikit dan psstt saya bukannya ada mana-mana sponsor).

Dan kini, saya bebas dengan masa yang saya uruskan sendiri tanpa rasa tertekan dikongkong oleh majikan. Gaji? Saya tidak ada gaji, tetapi pendapatan saya memang sangat lumayan hasil kerja tuisyen sepenuh masa sehingga hari ini. Buktinya saya telah lampirkan diatas. Dan sehingga kini saya mampu menampung anak dan isteri tersayang hanya dengan pendapatan tuisyen.

Bukan niat saya untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberitahu bahawa industri tuisyen memang sangat berbaloi dan memberi pulangan yang sangat lumayan. Untuk ketahui rahsianya, dapatkan ebook hebat ini.

P.S. Anda akan teruja kerana akhirnya anda boleh berhenti mencari cara yang sukar untuk menjana pendapatan bulanan anda. Jangan bazirkan masa untuk cuba lakukannya sendirian, biarkan Buku hebat ini membantu lakukannya semua untuk anda!